Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentang anak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .
Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapat cukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek .
Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .
No comments:
Post a Comment