22 January, 2009

PAK JATI YANG BERGUNA

Pada suatu hari, di dalam hutan tinggal sebatang Pak Jati. Dia sedih lalu berkata, " Kasihannya kawan-kawanku. Semuanya sudah habis ditebang. " Dia memikirkan nasib yang akan menimpa dirinya.



Tiba-tiba Pak Jati terdengar bunyi yang sangat kuat. Dia berasa takut. Seorang pembalak dan mesinnya datang lalu menebangnya. "Aduh!!!!!!! sakitnya badanku,"Tolong..tolong.. "Jerit Pak Jati. Badannya dihiris dan dipotong-potong.


Pak Jati di bawa pergi jauh dari hutan. Kemudian, dimesin hingga menjadi serbuk halus. Pak Jati meronta-ronta kesakitan.





Akhirnya Pak Jati berubah menjadi kertas putih yang bersih. Namanya Kak Tas. Kak Tas dijadikan sebuah buku yang cantik.





Suatu hari, Ani telah membeli Kak Tas. Ani seorang kanak-kanak yang nakal. Dia pulang ke rumahnya dan terus menulis, melukis, menconteng dan mengoyak kak Tas.




Seluruh badan Kak Tas jadi sakit. "Aduh....Aduh.....Kak Tas mengadu kesakitan. Malangnya, Ani terus menconteng dan mengoyakkannya lalu membalingnya ke dalam perut Cik Tong .



"Aduh!!!!!! Siapa pula yang mengetuk kepalaku ini? " Sakitnya....setiap hari perutku buncit dan muntah-muntah”. Nanti, perutku semakin tinggi seperti menara KLCC. " Rungut Cik Tong” .



Suatu malam yang sunyi, ketika Ani sedang tidur dia telah bermimpi ngeri. Kak Tas, Cik Tong, Pak Jati datang menyerangnya dan mereka marah sambil mencubit-cubit badan Ani.



Tiba-tiba Ani terus terjaga dari tidurnya. Ani berasa sangat takut dan sedih. Dia berasa kasihan melihat nasib Pak Jati, Cik Tong dan Kak Tas.




Ketika sedang termenung, datang Si Pari-Pari yang cantik. Dia menunjukkan cara untuk membuat sesuatu daripada kertas terbuang.





Ani terus mengumpulkan kertas yang dibuangnya dan membuat bakul, origami, yang sangat cantik. Ani sangat gembira dan berjanji tidak akan membazirkan kertas lagi.

cerita kanak-kanak

http://www.vimeo.com/1258226

21 January, 2009

AKTIVITI BAHASA....MARI BERCERITA

PENGENALAN

Dalam mendidik kanak-kanak prasekolah, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti yang sesuai dengan bakat serta minat kanak-kanak secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Dalam proses mengendalikan aktiviti harian, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan seperti pendekatan bersepadu, pendekatan bermain sambil belajar dan pendekatan bertema. Berdasarkan kepada pendekatan tersebut pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru prasekolah. Antaranya ialah bercerita. Bercerita merupakan pendidikan informal dan ia amat rapat dengan dunia kanak-kanak.

Biasanya mereka didedahkan kepada pelbagai cerita melalui keluarga, rakan sebaya atau media massa. Kebanyakan cerita mengandungi pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan nilai masyarakat. Bercerita juga dianggap sebagai satu cabang seni yang tertua dan merupakan sumber hiburan kepada masyarakat sejak dahulu lagi. Tradisi ini sebenarnya telah berkembang dari satu generasi melalui lisan. Cerita juga dijadikan media untuk menyampaikan pendidikan moral, malahan ia digunakan sebagai asas prabaca dan pratulis yang menjurus kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

TUJUAN BERCERITA

Aktiviti bercerita akan dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Kanak-kanak akan dapat diterapkan dengan nilai-nilai murni. Ia dapat membantu diri kanak-kanak supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif apabila menghadapi sebarang masalah atau rintangan. Kanak-kanak akan menjadi lebih yakin dengan diri sendiri. Selain itu perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah.

KEBAIKAN BERCERITA

Bercerita merupakan salah satu aktiviti yang berkesan kepada kanak-kanak kerana sudah menjadi lumrah kepada setiap kanak-kanak gemar mendengar cerita. Walau bagaimanapun tempoh masa bercerita perlulah bersesuaian dengan umur kanak-kanak tersebut.

Antara kebaikan bercerita ia dapat mempertingkatkan kemahiran mendengar. Kanak-kanak akan dilatih untuk mendengar perkataan dan bunyi suara atau peralatan. Secara tidak langsung kanak-kanak berkebolehan untuk membezakan segala perkataan dan bunyi yang didengar secara verbal dan non verbal. Kebiasaannya jalan cerita yang digunakan untuk bercerita kepada kanak-kanak adalah menggunakan perkataan mudah dan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang berulang-ulang. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan daya ingatan dan memastikan perkara yang didengarinya dapat difahami dengan jelas.

Selain itu, kanak-kanak juga dapat mempertingkatkan kemahiran lisan dan berbahasa. Oleh kerana kanak-kanak sering meniru percakapan orang yang lebih dewasa daripada mereka, maka mereka juga akan meniru sebutan yang didengar dan beraksi mengikut aksi yang telah guru persembahkan. Kanak-kanak boleh mempertingkatkan perbendaharaan kata dan kosa kata mereka. Apabila kanak-kanak memanfaatkan kosa kata dalam komunikasi seharian mereka, dalam jangka masa yang panjang mereka sudah tentu dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan untuk bersosialisasi dengan semua peringkat umur.

Kemahiran berimaginasi akan timbul apabila mereka mendengar sesuatu cerita kerana sewaktu guru sedang bercerita, mereka akan membayangkan latar cerita, rupa watak dan situasi mengikut kefahaman mereka sendiri. Kanak-kanak juga akan dapat membina kefahaman budaya apabila mendengar sesuatu cerita kerana dengan bercerita, ia dapat mendidik dan menanam sikap menghormati amalan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

Kefahaman emosi dapat dibentuk melalui bercerita apabila kanak-kanak menimbulkan reaksi, perasaan sedih, suka, simpati, terkejut dan sebagainya.Tujuan timbulnya reaksi sebegini adalah untuk mengajar kanak-kanak menguruskan dan menangani emosi negatif kepada positif. Di samping dapat memperoleh kefahaman emosi, kanak-kanak boleh menghayati keindahan alam yang terdapat di persekitarannya apabila mendengar dan melihat menerusi buku-buku bergambar.

PERSEKITARAN

Persekitaran yang selesa dapat membantu penghayatan kanak-kanak terhadap sesebuah cerita. Persekitaran ini tidak terhad kerana tidak semestinya guru perlu bercerita di dalam bilik darjah sahaja, tetapi ia boleh dilaksanakan di luar seperti di bawah pokok, di taman permainan atau ruang-ruang lain di persekitaran yang difikirkan sesuai. Selain itu, guru tidak semestinya perlu bercerita di luar kerana guru boleh menggunakan daya kreatifnya dalam mengubahsuai ruang dan susunan kerusi meja.

Cara untuk menyusun dan mengubahsuai sudut bercerita;
Guru boleh meletakkan sudut boneka dan menggantungkan mobail perhiasan seperti pokok bunga, rama-rama dan sebagainya untuk diletakkan di sudut bersesuaian.
Kedudukan pencerita dengan kanak-kanak boleh disusun dalam bentuk separuh bulatan secara langsung dapat mengawal kelas.

Guru perlu merancang lebih awal dalam memilih tempat yang paling sesuai dengan teknik dan peralatan yang digunakan. Sekiranya guru ingin menggunakan teknik lakonan atau drama yang bertajuk ‘rama-rama’, guru perlu menyediakan ruang cerita yang luas bagi membolehkan kanak-kanak bergerak bebas. Namun begitu, guru haruslah bijak mengawal tingkah laku kanak-kanak semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Guru juga harus peka dalam menentukan masa dan situasi kerana aktiviti bercerita yang dilaksanakan di luar bilik darjah tidak sesuai dilakukan pada waktu tengah hari.

PEMILIHAN CERITA

Cerita yang disediakan harus menarik minat kanak-kanak serta memberi kesan positif kepada mereka. Cerita tersebut perlu mempunyai kriteria seperti mempunyai nilai-nilai murni dan mesej. Tema yang dipilih perlulah mudah, menarik dan sesuai dengan peringkat perkembangan serta minat kanak-kanak. Bahasa yang digunakan dalam bercerita juga seharusnya mudah untuk difahami, banyak pengulangan perkataan dan ayat-ayatnya perlulah pendek.
Tujuan pengulangan ayat adalah untuk adalah untuk menggalakan kanak-kanak dapat menghafal dan menambah kosa kata bahasa. Cerita yang disampaikan sebaik-baiknya dapat merangsang minda kanak-kanak untuk mencetuskan idea kreatif apabila guru secara tidak langsung melibatkan kanak-kanak dalam sesuatu cerita berbentuk drama. Watak yang terdapat dalam cerita haruslah boleh dicontohi dan cerita tersebut bersifat universal.

PENYAMPAIAN CERITA

Kemahiran bukan lisan (non verbal) haruslah dikuasai oleh guru terlebih dahulu agar kanak-kanak berasa seronok untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaranyang disampaikan. Ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita seperti terkejut, marah dan gembira. Hubungan mata antara pencerita denganpendengr juga perlu diwujudkan bagi menekalkan perhatian kanak-kanak serta mengawal kelas.

Kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat menjelaskan isi cerita. Oleh itu guru digalakkan untuk bercerita sambil menggerakan anggota badan tetapi haruslah tidak keterlaluan. Pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak. Segala bentuk halangan atau gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah diatasi agar tidak berpanjangan.

TEKNIK PENYAMPAIAN

Teknik yang dilaksanakan perlulah bersesuaian dengan kebolehan kanak-kanak .Masa yang digunakan untuk becerita haruslah tidak terlalu panjang sehingga membosankan kanak-kanak.Ruang dan suasana yang kondusif juga dititikberatkan dalam menyampaikan sesuatu cerita. Persekitaran juga perlu bersih dan hiasan sudut bercerita sebaiknya disediakan berkaitan dengan tema.

Peralatan cerita yang menarik digunakan untuk menarik minat pendengar. Bentuk dan jenis cerita harus ringkas dan mempunyai mesej yang jelas serta bermakna. Kemampuan pencerita perlulah pada tahap yang tinggi untuk mendapat perhatian dari pendengar. Kepelbagaian teknik yang digunakan dapat merangsang minat kanak-kanak untuk mendengar cerita dengan lebih berkesan. Teknik yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan bahasa, emosi, fizikal, pengetahuan dan komunikasi.

BERCERITA BERDASARKAN GAMBAR BERSIRI

Cerita ini disampaikan menggunakan siri gambar yang berturutan. Gambar tersebut berkesinambungan dengan cerita yang ingin disampaikan. Situasi penting yang terdapat di dalam sesuatu cerita ditonjolkan dalam setiap keping gambar dan haruslah bersesuaian dengan jalan cerita. Gambar bersiri boleh menarik perhatian kanak-kanak kerana mereka suka melihat gambar. Ia boleh mempertingkatkan daya pengamatan dan kemahiran mendengar.

Ketika menyampaikan cerita, pencerita tidak perlu memandang bahagian depan kad untuk melihat gambar kerana pada bahagian belakang setiap kad ditulis isi-isi penting cerita bergambar tersebut.Semasa bercerita, pencerita akan duduk di kerusi dan mengadap kanak-kanak di lantai. Set gambar yang ingin dipamerkan tidak melebihi paras dada dan dipegang pada jarak lebih kurang setengah meter di depan pencerita.

14 January, 2009

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentang anak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapat cukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek .
Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

08 January, 2009